Punca Kencing Manis

Punca Kencing Manis

kencing manis atau diabetes adalah pembunuh senyap rakyat Malaysia. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama selain kanser dan sakit jantung

Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS)di Perlis sahaja, jumlah yang dilaporkan mengidap kencing manis secara puratanya adalah 6,618 orang setiap tahun. Apakah punca kencing manis ini?

Apakah Punca Kencing Manis ?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), faktor-faktor risiko punca kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.

2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.

3) Pemakanan – pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.

4) Keturunan – diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.

5) Peningkatan umur.

6) Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

 

Tag : Punca Kencing Manis